Bayi new year

Hari ni 31 december 2011, Molly si ibu tumpang selamat melahirkan baby meow. Akhirnya dapat juga baka bengal ni. Bertahun2 tunggu anak Niko dengan Jelita. Asal beranak je mati. Jelita tak pandai jaga anak dia ( p/s: Jelita dah tak jelita, panggil Muni je sekarang). Sampai kena sewa ibu kucing jadikan ibu tumpang. Tak sanggup dah menanti dengan kesedihan. Pagi tadi Molly selamat melahirkan 2 ekor baby comel. Tapi tak tahu la marble ke spotted bengal. Hehehe. Tunggu besar sikit nanti nampak la kot~


Baby Molly dan Niko

Meow Tension

"baju apa la tuan aku bagi pakai ni. Buruknya", kata meow.

Meow keliru

Meow

"Ehhhh!!! Besarnya jerawat awak", kata meow.

Mereka memang sangat kiut

Saya nak kucing banyak2 macam ni. Semua sama. Mudah nak bagi nama. Minah 1, Minah 2, Minah 3, Minah 4, Minah 5 dan Minah 6. Bila nak panggil je panggil Minahs!!!! Semua datang. Best wooo~

New member

Baby sugar glider (gambar blur)
Bukan beli. Tapi sugar glider mama saya beranak. Okey saya tak tahu macam mana sugar glider beranak. yang saya tahu, masa deepavali saya nampak sang betina pouch (kantung) besar. Mama suruh saya check betul ke sugar glider tu ada 'isi'. Memandangkan sugar glider mama saya tak kenal bau saya, sugar glider mama pakat2 serang saya. Best woo kena gigit. =.='. Penat saya tonggeng2 nak tengok pouch si betina. Tengah asyik2 mereka ni serang saya, saya nampak siku baby sugar glider. Memang sah ada 'isi'. TAPI baby sugar glider tu tak keluar lagi dari pouch mummy dia DAN 16 december 2011 hari tu mama SMS gambar baby sugar glider. Finally baby sugar glider keluar dari pouch mummy dia~ Mama suruh saya jinakkan baby sugar glider tu supaya jadi ana lulu. Ana Lulu tak payah panggil nama. Panggil 'pssssss2' terus datang. Sabar je laaaaaaaaa~

Kucing setia pada tuannya

Ada sekor kucing ni nama dia Clyde. Kucing ni hilang dari tuan dia. 3 tahun kucing ni menanti. Jauh Clyde ni jalan. Jalan punya jalan sampai tak sedar Clyde dah jalan sejauh 3862km. Tapi, kucing ni ada mikrocip dalam badan. Kalau hilang, boleh buat jejak kasih. Hehe. 

Tapi bayangkanlah 3 tahun mencari tuannya. Sedih tahu tak?? Mama selalu cakap, kalau kucing tu rapat dengan tuannya, bila tuannya tak ada, dia akan rindu. Betul sangat2 kata mama. Masa mula2 masuk KMM dulu, kucing2 saya pakat duduk depan pintu bilik saya. Ada yang siap masuk duduk dalam bilik, tidur baik punya posisi atas tilam. Saya kan tiap-tiap malam suka bawa kucing tidur sekali. Ada tu siap ngiau2 kecoh dalam bilik saya cari saya. Tak dapat bayangkan kucing2 saya hilang arah bila tahu tuan dia tak ada, macam penagih gian candu. 

Untung Clyde ni dapat jumpa tuan dia semula. Mesti Clyde happy sangat2. Dapatlah Clyde lepaskan rindu selama 3 tahun berjauhan. 

Ni rupa Clyde,

Clyde
Macam kucing saya masa saya sekolah menengah rendah. Nama dia Hyuwen Putera Rika. Okey bukan saya bagi nama tu. Owner asal Hyuwen yang bagi nama. Abah beli untuk birthday saya. Tak pasti birthday yang keberapa. Terlalu banyak birthday present saya ialah kucing. Saya obses dengan kucings~ Kalau kucing tak suka air, tapi Hyuwen sebaliknya. Hyuwen sangat suka air, sangat2 suka mandi. Dah mandi, nak sikat bulu Hyuwen pun tak susah. Dia akan duduk statik. Kalau sebut Hyuwen je, Hyuwen akan datang dengan berlari. Sekarang Hyuwen dah tak ada. Hyuwen pergi meninggalkan saya selama2nya. Sobsssssss.

Tahu kenapa saya suka kucing? Kucing mampu berikan kesetiaan yang manusia yang sendiri tak mampu berikan. Kucing tidak akan berpaling dari tuannya. :)

Hello Tina

Hai saya Tina (nama sempena jantinanya yg betina :P )
Perkenalkan monyet saya, Tina.
Adopted 11 sept ahad yang lalu.
Tina ni anak yatim.
Mak ayah Tina mati masa melintas Karak Highway 11hb sept tu.
Tina tercampak ke longkang masa kemalangan tu.
Adanya Tina ni boleh la jadi pengubat rindu kat monyet saya Boy yang ghaib setahun yang lalu.
Kesian Tina dah jadi anak yatim piatu.
Bulat mata Tina ni.
Rasa macam nak picit2.
Hehe.

Si Comel Saya

Assalamualaikum..
Besar dah Comel saya..
Dah gebu bulu dia..
Dah sihat~
Sugar glider bukan sugar daddy

Cucu arwah Chichi + arwah Coklat = Cicit saya

Assalamulaikum. dah lama tak update blog. Saya nak tunjuk sikit rupa cicit hamster saya..
Ni lah rupa cicit saya setelah satu minggu.. sekarang sudah pandai main kejar2 berebut makanan dengan maknya. Nanti saya upload gambar mereka dah besar ye. :)

Cucu arwah Chichi + arwah Coklat = Cicit saya

Assalamualaikum..
Ingat lagi tak kisah hamster saya Chichi dan anak2nya hasil tut2 dengan coklat?
Ingat tak??
Anak2 chichi + coklat
Anak2 chichi dan coklat dah besar.
Correction. Arwah chichi dan arwah coklat.
Salah satu dari dari anak chichi telah selamat melahirkan anak.
5 ekor anaknya.
Dapat cicit lah saya.
Subur cucu hamster saya.
Now dah dapat cicit.
Tak snap gambar pun.
Sebab tu first time hamster tu beranak, takut dia stress pula.
Macam arwah chichi mula2 beranak.
Stress memanjang.
Kali kedua beranak baru tak stress.
Semoga panjang umur cicit saya ni~

Comel tidur

Best tidur kat sini mummy.. empuk~~ Mimpi makan ayam.. Sedap~~ Zzzzzzzzzzzzzzz....

Assalamualaikum...
Hari ni bangun subuh Comel buat bunyi Hisss..
Banyak kali..
Main2 kejap dengan dia.
Bila dah pukul 7"okey its time to go work".
Hehehe
Saya nak panggil SG saya comel.
Saya rasa macam nak picit2 dia.
Sebab comel sangat.
Comel saya kuat tidur dan juga kuat makan..
Dulu kurus.
Sekarang dah berisi sikit.
Cepat la Gemuk.
Tak sabar.
Sumbat ayam banyak2 boleh??
okey tak boleh!!

SG mengantuk

Ermm mummy nak bawa pergi mana ni?
Orang ngantuk la mummy. Zzzz..

Best mummy

Owh bestnya tidur mummy. Best sangat2. Empuknya mummy. Lain kali nak tidur macam ni ye mummy. Hehehe

Diet for Sugar Glider

MEAT / PROTEIN
-Meal worm
-Shrimp
- Chicken
- Beef
- Cooked egg

FRUITS AND VEGGIES
- Grapes halved
- Carrot
- Green bean
- Cooked potato chunks
- Raw corn kernels, sliced loose (small amounts)
- Apple
- Melon
- Blueberries
- Honeydew
- Kiwi
Strawberries
NOT to feed Sugar Gliders
- Butter (to hard on their digestive systems to digest)
- Eggs with butter (use a non-stick pan or cook in microwave to make eggs)
- Processed sugar
- Chocolate (could kill them like it does to canines)
- Bread 
- Anything high in Salt
- Baby foods that contain onions or garlic
- Cheese
- Fried foods
- soda

SG makan telur rebus

Assalamualaikum.. Semalam saya bagi SG saya makan telur rebus.. Nak bagi cepat besar.. Cepat la besar sayang~~ Dia makan sikit je.. Hari ni nak bagi ayam rebus pula.. Dia suka makan roti.. laju je dia makan.. Tapi takut dia mati sebab roti kembang dalam perut pulak.. Pening2..

Max Demuk

Assalamualaikum...
Hari ni nak cerita tentang Max Demuk pula.. Kerja dia makan tidur makan tidur makan tidur main sikit2 dengan si Putih... Itu je rutin harian.. Kalau rajin sikit, Max Demuk usha burung2 terbang.. Kalau terlebih masa dia usha belalang belakang rumah.. Tapi selalunya tak lebih masa.. Tu je la rutin dia.. Tunggu Momot besar sikit boleh la Max Demuk main dengan Momot.. Max Demuk ni raja tidur.. Asal saya jumpa Max je Max tengah tidur.. Dekat tepi mesin basuh lah.. Dekat dalam toilet lah.. Tapi paling best dekat ......................



























Bawah paip belakang rumah.. Sebab paip tu kalau tak tutup rapat air meleleh je.. Basah2 lembap tu yang Max suka tu.. Sejuk agaknya...
Owh sejuknya~~~~

Hamster

Assalamualaikum.. 
Hari ni saya cerita pasal hamster species roborovski. Dulu saya pernah bela hamster mcm ni.. tapiiiiiiiiiii... hurm.. takkkkk tahan lama.. Apa yang saya suka tentang hamster ni ialah hamster ni ada bulu yang unik.. Unik lah.. siyes.. cuba tengok hamster ni punya bulu.. ada style tau.. belah tengah gitu.. hamster lain mana ada.. Tapi benda paling saya tak suka tentang hamster ni ialah dia suka lari.. lajuuuuuuuuuuuuuuuu sangat.. lintang pukang lari.. Tak dapat la saya nak bergurau senda dengan dia.. dan hamster ni kecik sangat.. saya pula suka yang besar2 gemuk.. blh main picit2.. haha.... kesian hamster yg bawah jagaan saya tu~~ Itu je nak cerita.. sekian~~

Video Kejam


Jangan tengok kalau kalian tengah makan.. Nanti boleh mati selera~~ Manusia kejam tak ada hati perut je sanggup buat benda macam ni... Siapa2 yg dah pernah tengok video ni, agak2 ada selera tak nak makan daging?? tak kisah la ayam ke lembu ke pork ke bg yang non muslim.. Tak tergamak nak makan rasanya.. Rasa2 ayam brand mcm mana ye process dia sembelih ayam?? 

Mr. Momot

Assalamualaikum.. mari berkenalan dengan Mr. Momot.. Mr.Momot yang hitam tu ye.. sudah 5 minggu umurnya.. Sekarang sudah pandai jalan2 pusing satu rumah dan makan ayam rebus.. ni gambar Mr Momot sedang enak tidur bersama ibunya Kontot... Disebabkan kontot ni dah berusia 12++ tahun, maka anaknya yang menjadi cuma sekor.. Kenapalah kamu ni tak ikut warna mak kamu ye Mr Momot.. aduh.. tapi tak pe.. U comot ke U cantik ke i always lap U~~ Hehehe...

SG dan ayamnya

Assalamualaikum.. Semalam saya terlebih rajin.. Okey bukan semalam je tapi dah 2 hari rajin.. Beli ayam untuk kucing dan juga SG.. Dah dua hari juga la SG makan ayam rebus.. Suka betul dia.. Semalam balik kerja tengok dia tunggu depan pintu sangkar dia.. Mula2 saya buat tak tau je.. Lepas tu dia buat bunyi.. Bunyi apa tak pasti.. Sekejap sangat.. Saya pun keluarkan dia & bg dia makan ayam rebus.. Dia keluarkan bunyi lagi.. Bunyi happy agaknya?? Lebih kurang satu jam SG menghadap ayam rebus dia.. Ada good news. SG kat rumah puchong sedang pregnant.. Nampak perut dia muncit satu macam je.. Mengharap ni~ Mahu baby SG.. Hari ni tak tahu nak bagi SG makan apa.. Masih2 fikir2... Bagi makan apa ya???

Tidur

Sedapnya tidooooooooooo.. empuk~~

Eye On Malaysia Mini

Macam mana ya Eye On Malaysia Mini tu nak bergerak kalau naik ramai2 macam ni. Macam kena beli lagi satu je. Tapi malam2 bunyi bising pula.. Macam bunyi orang susun perabot nak pindah rumah je tauuuu.. 

Kerenah SG

Assalamualaikum.. Semalam balik kerja layan SG dulu.. SG dah jinak.. dah tak crabbing lagi.. Alhamdulillah.. Jom2 layan gambar SG saya..
Mula2 saya panggil SG macam panggil kucing

SG mula mencari arah bunyi

Lepas tu buat tak tahu je SG ni

Panggil lagi.. Dia cari lagi..

Dah mula pandang tuuu


Datang dekat sikit

Mengeluarkan kepalanya

Bila hulur tangan SG masih keliru

Ooo rasa dulu ada rasa tuan dia ke tak.. Sampai kenyit mata..
SG saya memang suka duduk dalam TV plastic tu.. Letak tempurung kelapa tinggi2 dalam sangkar tak nak duduk pun.. Adoiii..

SG makan

Assalamualaikum.. SG siapa la ni makan sampai tertonggeng2?? Nasib baik mangkuk makanan tu tak dalam.. Awak ni chomel la SG... GERAMNYA saya... Rasa nak PICIT2 je muka awak...

SG Gayat

Assalamualaikum.. Semalam sesi bemesra2 dengan SG.. Tengok SG saya tak nak duduk diam... susah betul nak lap badan dia.. SG kan tak boleh bagi mandi... jap saya lap2 je la badan SG ni dgn kain lembab... Baru hari ni saya tahu SG saya ni takut tinggi... kalau angkat tangan tinggi dia akan mengelupur nak turun... Gayat rupanya SG saya ni... Haha.. Semalam bagi makan tomato.. Oooo SG saya tak suka makan tomato rupanya... Petang ni balik kerja harus belikan dia epal.. kesian SG saya ni lapar.. makan kibble je semalam..

Mari Kenal Sugar Glider

Assalamualaikum... Asyik2 letak gambar je kan.. Kan?? Bila nak introduce Sugar Glider ni pula ye?? Semalam genap 2 weeks saya kidnap SG ni dari rumah mama dan abah saya di Puchong. Berapa eh umur SG ni?? Masa beli owner pet shop tu kata umur SG ni 2 months. SG ni dah 2 weeks kat rumah mama dan abah sebelum saya kindap SG ni.. Soooo.. saya assume umur SG ni 3 months la ye.. Boleh???  Nama SG ni?? Masih belum diberi nama. Saya asyik panggil Net je.. singkatan Kenit.. Actually semua binatang yang tak bernama pun saya panggil Net.. Hehe.. Sejak dr mula kidnap sampai la sekarang SG ni masih garang dengan saya.. Kadang2 tu crabbing sampai terkepak2 tangan sambil nak gigit.. kadang2 okey je.. hulur tangan terus panjat.. Owh crabbing tu bunyi SG marah.. Paling SG ni suka bila saya usap bawah badang dia.. boleh sampai terlena SG tu dibuatnya..  SG ni saya beri makan buah epal dan kibble kucing. Actually saya dah try buah lain macam kiwi, mangga dan pisang.. Ternyata SG paling suka mangga.. Memandangkan saya baru lagi area Shah Alam ni jadi agak sukar sikit bagi saya nak mencari kedai yang menjual buah mangga.. Epal mudah pula nak dapat... merata2 ada.. SG ni tak makan pula ulat burung.. Tak macam SG yang lain kat rumah.. Paling suka ulat burung.. Masih mencari2 makanan yang sesuai untuk SG a.k.a Net saya ni.. SG saya ada masalah penghadaman.. Asyik berak cair je.. Macam mana ni??

Kibble lagi sedap

Nyum.. nyum.. cedap~~
Oooo.. kibble lagi sedap dari epal rupanya..... Lazatnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...

Sabun di bilik mandi

Sedapnya epal ni
Makan sambil menyanyi sabun dibilik mandi.. sabun di bilik mandiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!

Oh bestnyeeeeeeeeeeeeeeeee~

Oooooh.. bestnya baring atas laptop.

Baby Hamster day 17

Yang besar ni bukan anak hamster tapi maknya...

Cepat2 keluar sebab tau orang nak ambil gambar.
Ini pula rupa anak hamster saya pada hari ke-17 yang lahir pada 15 mei 2011.

Baby Hamster day 16

Ohh cedapnyaaaaa

Baby hamster menyusu

Opppsss

Asyik menyusukan


Ini pula rupa anak hamster saya pada hari ke-16 yang lahir pada 15 mei 2011.

Baby Hamster day 12



Berebut makan vege

timun terabai
Ini pula rupa anak hamster saya pada hari ke-12 yang lahir pada 15 mei 2011.

Baby Hamster day 11


Hari ni kita makan carrot pulaaaaaaaaaaaaa
Ini pula rupa anak hamster saya pada hari kesebelas yang lahir pada 15 mei 2011.