Panduan menjaga anak hamster/Hamster beranak

Assalamualaikum. Hari nak kongsi panduan menjaga anak hamster/hamster beranak. Semua ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.


1. Bila induk hamster (hamster betina) sudah hampir mrlahirkan anak, pisahkan segera induk hamster ke dalam satu kandang yang selesa. Tak semua hamster makan anak hamster. Tapi lebih baik mencegah kan??


2. Pastikan sangkar induk sentiasa bersih sebelum melahirkan anak. Kerana sangkar hamster tidak boleh dibersihkan selepas anak dilahirkan sehingga anak2 sudah memasuki umur 1 bulan. Sepanjang tempoh peyusuan sangkar akan sedikit berbau. Tahan saja bau itu. hehe. :D


3. Jangan sekali2 anda pisah induk hamster dengan anaknya sehingga anak hamster putus susu atau si induk tidak mahu susukan anaknya lagi. Tempoh penyusuan lebih kurang sebulan/ 4 minggu.

4. Letakkan sangkar hamster di tempat yg gelap dan 
elakan dari selalu menjengah induk hamster dan anak2nya. Kalau boleh letakkan sangkar di tempat yg tidak dilalui orang.
 Ini akan mengakibatkan hamster induk stress sehingga tidak mahu menyusukan anaknya atau memakan anaknya.


5. Elakan dari memegang anak hamster sehingga anak hamster putus susu. Kerana bau kita akan terlekat pada anak hamster dan induk hamster akan memakan anak2nya.

6. Pastikan makanan sentiasa ada. terutama selepas 
induk hamster melahirkan anak kerana hamster telah mengunakan banyak tenaga semasa melahirkan anak.

2 comments:

  1. Assalam.. nk minta info sedikit boleh?
    macam mana ye kalau kt da terpegang baby hamster dan ibunye pula da makan bbynye?
    perlu ke sy asingkan si baby dari si ibunye? kalau begitu apa yg perlu sy buat kpd si baby hamster ni? mcm mana nk menjaga nya ye?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum , saya ingin bertanya jika salah satu dari anak anak nyer terlah di makan selepas itu kandang nyer basah perlukah daya menukar serbuk kayu nya

    ReplyDelete