Manja Lara

Assalamualaikum.
Saya sudah punya pancar baru. Ayuh saya perkenalkan Manja Lara saya yang berusia 2 bulan. Ni lah pancar baru saya. Teman tidur sekatil saya. Abah belikan untuk saya semalam. 24jam saya membebel kucing hutan susah nak jinakkan macam arwah Tot. Kesudahannya abah bawa balik Manja Lara untuk saya.  Semalam 11 July 2012 dalam pukul 7pm macam tu abah dgn tangan dua2 kat belakang seperti menyorok sesuatu datang kat saya yang sedang asyik menonton tv, tiba2 nampak ekor kucing berbulu lebat dan cakkkk Manja keluar menampakkan wajahnya yang seposen. Alhamdulillah Manja cepat serasi dengan saya dan Manja hampir sebijik perangai macam arwah Tot. Tidur nak demand. Atas katil. Saya keluar bilik baru dia keluar. Kalau tak, duduk la atas katil, tidur 24jam. Over tau!! 

Muka seposen. Sila jangan terpedaya dengan wajahnya.
Tahu kenapa jangan terpedaya?? Habis charger saya hancur. wayar putus tiga digigitnya. Inilah kenakalan pertamanya yang saya jumpa pada hari pertama membelanya. Buat masa ni Manja tak la buat perangai nak berak merata2. Syukur. Kalau tak, TIDUR LUAR lah. kat kandang lah kan gamaknya. Hehe. Nanti hupdate lagi ya. Tata~

No comments:

Post a Comment