SG dan ayamnya
Assalamualaikum.. Semalam saya terlebih rajin.. Okey bukan semalam je tapi dah 2 hari rajin.. Beli ayam untuk kucing dan juga SG.. Dah dua hari juga la SG makan ayam rebus.. Suka betul dia.. Semalam balik kerja tengok dia tunggu depan pintu sangkar dia.. Mula2 saya buat tak tau je.. Lepas tu dia buat bunyi.. Bunyi apa tak pasti.. Sekejap sangat.. Saya pun keluarkan dia & bg dia makan ayam rebus.. Dia keluarkan bunyi lagi.. Bunyi happy agaknya?? Lebih kurang satu jam SG menghadap ayam rebus dia.. Ada good news. SG kat rumah puchong sedang pregnant.. Nampak perut dia muncit satu macam je.. Mengharap ni~ Mahu baby SG.. Hari ni tak tahu nak bagi SG makan apa.. Masih2 fikir2... Bagi makan apa ya???
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment