Assalamualaikum. Hari nak kongsi panduan menjaga anak hamster/hamster beranak. Semua ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri.
1. Bila induk hamster (hamster betina) sudah hampir mrlahirkan anak, pisahkan segera induk hamster ke dalam satu kandang yang selesa. Tak semua hamster makan anak hamster. Tapi lebih baik mencegah kan??
2. Pastikan sangkar induk sentiasa bersih sebelum melahirkan anak. Kerana sangkar hamster tidak boleh dibersihkan selepas anak dilahirkan sehingga anak2 sudah memasuki umur 1 bulan. Sepanjang tempoh peyusuan sangkar akan sedikit berbau. Tahan saja bau itu. hehe. :D
3. Jangan sekali2 anda pisah induk hamster dengan anaknya sehingga anak hamster putus susu atau si induk tidak mahu susukan anaknya lagi. Tempoh penyusuan lebih kurang sebulan/ 4 minggu.
4. Letakkan sangkar hamster di tempat yg gelap dan elakan dari selalu menjengah induk hamster dan anak2nya. Kalau boleh letakkan sangkar di tempat yg tidak dilalui orang.
Ini akan mengakibatkan hamster induk stress sehingga tidak mahu menyusukan anaknya atau memakan anaknya.
5. Elakan dari memegang anak hamster sehingga anak hamster putus susu. Kerana bau kita akan terlekat pada anak hamster dan induk hamster akan memakan anak2nya.
6. Pastikan makanan sentiasa ada. terutama selepas induk hamster melahirkan anak kerana hamster telah mengunakan banyak tenaga semasa melahirkan anak.
Assalam.. nk minta info sedikit boleh?
ReplyDeletemacam mana ye kalau kt da terpegang baby hamster dan ibunye pula da makan bbynye?
perlu ke sy asingkan si baby dari si ibunye? kalau begitu apa yg perlu sy buat kpd si baby hamster ni? mcm mana nk menjaga nya ye?
Soalan yg sama juga..admin sila jwap
DeleteAssalamualaikum , saya ingin bertanya jika salah satu dari anak anak nyer terlah di makan selepas itu kandang nyer basah perlukah daya menukar serbuk kayu nya
ReplyDeleteAsslm..Saya ingin tanya, kalau kematian induknya selepas melahirkan bagaimana dengan anak anak yang baru lahir? Bagai mana mau disusukan? 😭😭
ReplyDeleteHai.. nak tanya, anakx hamster ari tu dpt survive tak. Sbb sy tengah hadapi masalah yg sama sekaraang ni. Setiap hari sekor mati. Dr 15 ekor tinggal 5 ekor😭😭😭😭😭
Deletenak tanya kalau anak hamster tu mati anak nya nak buat apa😭 first time jaga ni.nak buang ke atau mcam manaaa ergh respond please😭
ReplyDeleteKalau pisahkan induk hamster dgn anaknya selepas 2 minggu akan jadi masalah tak?
ReplyDeleteBilakah bapa hamster boleh bertemu dengan anak nya?
ReplyDelete