Sopannya tidur?? |
Putih
Assalamualaikum.
Hari cerita pasal Putih pula ye. Alaaa Putih yang saya jumpa kat tepi bukit tu. Dulu masa jumpa Putih ni umur dalam 2 bulan. Kurus kering dan sangat comot. Sekarang berat dah cecah berkilo2. Dulu si Putih ni lepas je. Malas nak kurung2. Susah nak buang tahi banyak2. Tapi comot lah sangat si Putih ni. Tah celah semak mana dia masuk. Bila dah kurung ni bersih sikit. Tak ada la susah hati tengok dia.
Ni gambar Putih 2 bulan lepas. Sekarang dah 2x ganda badan Putih ni. |
Oyen
Assalamualaikum.
Hari ni saya nak perkenalkan Oyen kesayangan kami sekeluarga. Oyen masa kecik2 geng dengan Putih. Dah besar2 ni asyik la nak berkelahi. Pening tengok diorang dua ni. Oyen ni pro tangkap lipas dan cicak. Tiap2 malam ada je hadiah dia bagi untuk tuan dia. Tu yang mama saya sayang Oyen lebih. Oyen ni tau nama dia Oyen. Setiap kali panggil mesti datang, mesti nyahut, mesti toleh. Tak tau kat mana abah jumpa. Tau2 dah bawa balik. Saya ni memang jenis suka kucing, terima dengan hati riang.
Oyen ni tak kuat mkn mcm Putih. Badan biasa2 je. Tak macam Putih yang kus semangat. Nak dukung Putih macam sekapit beras besar. Oyen ni siang saya kurung, malam lepas kat dapur. Kucing kat rumah saya ni tak boleh sesuka hati lepas. Ada je orang berkenan nak amik. Sedih rasa. Selalu kitten la yang orang amik tanpa izin. 3 kali dah kena. Serik rasa. Kita ni bagai nak gila cari kucing kita yg hilang kat setiap kawasan rumah orang. Tup2 jumpa kat belakang rumah orang. Sedap je kurung kucing kita. Malas nak gaduh, biar je. Tu belum kira berapa kali kucing kena racun. Tak apa. awak aniaya binatang kesayangan nabi, nanti kat akhirat awak tanggung la akibatnya. Dari ambil risiko, baik kurung je semua. Senang. Tak kisah la kucing kampung ke kucing bandar ke kucing free ke kucing beli ke, SEMUA kurung. Layanan sama. Hehe. Makanan tetap Science Plan. Tak ada nak pilih kasih pilih kasih. Kucing pun ada perasaan cemburu tau. Tak baik beza2kan mereka. Kecik hati kang, merajuk lari ikut kucing lain, siapa susah?? saya juga. okey lah. Nanti saya hupdate lagi ye. Tata~
Bella
Assalamualaikum.
Mari saya kenalkan Bella. Dah lama bela Bella ni. Tapi tak pernah perkenalkan lagi. Dah 1 setengah tahun juga la bela Bella ni. Kasihan kucing ni. Rasa2nya Bella ni mangsa dera owner lama dia. Kalau ada orang dekat pintu kandang kucing, cepat2 Bella datang jengah. Tapi bila kita cuba nak pegang dia, dia takut2. Kalau baru amik tu, logik la juga dia takut. Tapi dah setahun lebih, takkan tak serasi lagi kan?? Menurut kata Mama "Tuan dia tak suka dia walaupun dia bengal sebab ekor dia bengkok, tak lurus". Bella ni sangat comel okey. sanggup owner lama dia tak suka dia. Saya suka tengok perangai dia. kalau kita buat apa2 depan pintu kandang dia, laju2 dia datang jengah. sangat2 kepoci. hehe. Budak lagi Bella ni. Masa amik dulu pun kecik je lagi. Kecik dah pandai merenyam dengan jantan bintat2 (Jantan spotted bengal), mesra kemain.
Senyum~~ |
Manja demam
Assalamualaikum. sejak bawa balik 11 july hari tu dari petshop sampai la sabtu 14 july si Manja tak nak makan. Kira2 dlm 4 hari juga. Makan tak nak, tapi berak2. Padahal bagi makan yang sama dengan petshop tu bagi. Terus suap vitamin. selang berapa jam terus mulut berbuih2. Ahh sudah. Panik. Ke sebab vitamin tu pahit?? ye lah. mana ada kucing nak jilat kecuali Jelita. Dia je nak rela nak jilat kalau kita sua ke mulut dia. Ahat tu pagi2 dah sumbat Manja dalam carrier terus pergi Vet kat puchong jaya. Register nama Manja terus masuk bilik vet. Vet tu masuk thermometer dlm montot Manja. Hurm mmg sah demam. 39 C. Cian ehh dak tecik ni demam. Melayang rm60. Sayang punya pasal kan~
Muka seposen Manja. demam ye sayang~ cepat sembuh tau~ |
Manja Lara
Assalamualaikum.
Saya sudah punya pancar baru. Ayuh saya perkenalkan Manja Lara saya yang berusia 2 bulan. Ni lah pancar baru saya. Teman tidur sekatil saya. Abah belikan untuk saya semalam. 24jam saya membebel kucing hutan susah nak jinakkan macam arwah Tot. Kesudahannya abah bawa balik Manja Lara untuk saya. Semalam 11 July 2012 dalam pukul 7pm macam tu abah dgn tangan dua2 kat belakang seperti menyorok sesuatu datang kat saya yang sedang asyik menonton tv, tiba2 nampak ekor kucing berbulu lebat dan cakkkk Manja keluar menampakkan wajahnya yang seposen. Alhamdulillah Manja cepat serasi dengan saya dan Manja hampir sebijik perangai macam arwah Tot. Tidur nak demand. Atas katil. Saya keluar bilik baru dia keluar. Kalau tak, duduk la atas katil, tidur 24jam. Over tau!!
Muka seposen. Sila jangan terpedaya dengan wajahnya. |
Saya tengah menaip
Selamat siang
Selamat tidur
Subscribe to:
Posts (Atom)